68) MANAGEMENT: PENGURUSAN MODAL
CREDIT TO DIARI SAHAMAntara aspek yang sangat jarang di titikberatkan dalam trading saham ialah pengurusan modal atau wang dalam pelaburan saham. Sepanjang saya hadir kelas saham, rasanya hanya 1 orang sifu saham sahaja yang menyentuh sepintas lalu pengurusan modal dalam pelaburan saham. Majoriti newbies fokus pada mencari-cari teknik yang di katakan “holy grail” ataupun konfirm untung. Saya juga bertanya beberapa sifu saham, mereka menyatakan pengurusan modal sepintas lalu iaitu belian dalam 10 000 unit, 50 000 unit dan pecahan modal sahaja. Tiada penjelasan detail dan strategi yang menyakinkan. Ia tidak bermakna sifu tersebut salah, tetapi selagi mana saya rasa ada sedikit kelompongan dalam penjelasan dinyatakan, maka saya akan terus mencari jawapan yang dirasakan lebih baik.
Hakikatnya dalam dunia trading saham, sehebat mana sifu sekalipun, pasti mereka akan mengakui rugi itu pasti dalam trading saham. Tetapi malangnya, yang dipromosikan dalam screenshot hanya untung semata-mata. Ya, saya faham, tiada siapa mahu mendedahkan “mimpi ngeri” dalam saham iaitu rugi. Sebab itulah wujudnya istilah “cut loss” dalam saham. Jika anda tidak cut loss dengan betul, maka kerugian akan memakan sebahagian besar modal. Ada yang sangkut bertahun-tahun lamanya dalam sesuatu kaunter saham. Ada yang sudah tergolek dan tidak mampu bangun akibat kerugian besar dalam pasaran saham.
Pokoknya, untuk bertahan lama dalam pasaran saham, bukanlah sehebat mana “winning rate” atau kadar kemenangan kaunter yang dibeli. Tetapi kemampuan untuk kita meminimumkan kerugian dan melindungi modal asal yang dilaburkan. Tiada gunanya, jika modal asal tersebut hangus 100%. Ada orang cakap, kita patut laburkan jumlah yang kita sanggup hangus. Bagi saya pendapat ini agak tidak tepat, kerana saya lebih suka jika kita laburkan dan gariskan strategi dari awal iaitu lindungi modal dan kembangkan modal.
Saham ini ibarat perniagaan. Tiada perniagaan pasti untung setiap masa. Sudah pasti ada masa jatuh dan bangun. Dalam saham, element paling penting ialah bagaimana kita menguruskan modal pelaburan tersebut. Bagi saya, pengurusan modal dalam saham ini adalah lebih senang dari menguruskan sesuatu perniagaan.
Jika masa boleh diputar kembali, sudah pasti saya akan mengajar diri saya di masa yang lalu tentang kepentingan pengurusan modal saham. Bahkan ilmu pengurusan modal ini baru sahaja saya pelajari tahun lepas dari Youtube oleh Adam Khoo. Anda boleh lihat video di bawah jika anda serius untuk melindungi modal anda. Saya telah pun mencuba strategi ini dengan menggunakan “real money” modal. Walaupun belum mahir sepenuhnya, tetapi dari berbelas-belas trading dilakukan dan loss berderet-deret, kerugian saya sangat minimum iaitu 1-2% sahaja dari modal asal, tu pun trading di ambang musim gawat sejurus Covid-19 muncul.
Antara ringkasan saya boleh nyatakan dari video-video di atas ialah:
Teknik / Seni cut loss sangat penting dalam trading saham. Jika entry tanpa cut loss, maka ia bermakna seseorang itu telah gagal dalam menguruskan risiko modal pelaburan.
Teknik “position sizing & money management” tidak dinafikan agak lambat untuk mengembangkan modal pelaburan. Terutama apabila trading berdasarkan timeframe besar iaitu daily, weekly dan monthly. Ini kerana modal akan lambat untuk compounding setiap pusingan trading saham. Oleh itu saya telah mencuba ubah strategi timeframe trading saya kepada timeframe lebih pendek iaitu TF1H tetapi dengan disiplin yang ketat dalam cut loss dan money management.
Terdapat 2 teknik secara umum untung mengambil untung (take profit) dalam saham iaitu paling minimum 2x ganda risiko dari stoploss yang ditetapkan sebelum membeli saham, dan juga menggunakan fibonacci / Support resistance teknik. Kedua-dua teknik ini mestilah selari.
Berdasarkan kiraan statistik, ianya hampir mustahil untuk hangus 100% modal jika menggunakan betul-betul teknik money management di atas.
Timeframe trading tidak lagi relevan dan signifikan berdasarkan konsep money management. Timeframe trading terpulang pada kesesuaian traders.
Jika traders seorang yang sibuk bekerja, maka timeframe daily lebih sesuai. Jika musim PKP ini, maka timeframe 1H dan mungkin TF15-min sesuai. Bezanya ialah menggunakan timeframe lebih kecil, maka cepatlah pusingan trade itu berlaku. Maka perlu ingat, profit / loss juga akan berlaku lebih laju dan lebih kerap. Tetapi kelebihannya, jika kadar keuntungan > 50% dan RRR > 1:2, maka akaun akan grow lebih cepat. Cuma masalah yang timbul jika menggunakan timeframe lebih kecil ialah pemilihan kaunter yang pantas dan berkesan, untuk penggiliran belian dan jualan. Masalah ini saya telah atasi dengan menggunakan realtime scanner TradingView Pro version. Perkara ini saya update dalam group telegram DiariSaham.
Untung setiap kaunter (% profit for each position) yang di screenshot sebagai promosi oleh kelas-kelas saham, tidak semestinya menggambarkan untung ke atas modal (% profit per capital). Maka, jika lihat saya untung seperti gambar dibawah, ia tidak bermakna modal saya meningkat seperti dalam screenshot di bawah (real trade oleh admin). Jika dinisbahkan kepada modal asal, ia mungkin hanya memberi keuntungan 1-2% sahaja kepada modal keseluruhan.
Risk Reward Ratio (RRR) dalam trading saham lebih penting dari Winning rate. Kerana winning rate adalah sesuatu yang sukar dikawal oleh kita, ia bergantung pada faktor sentimen pasaran, isu-isu besar seperti kejatuhan harga minyak mentah & Covid-19. Tetapi RRR adalah sesuatu yang kita boleh kawal iaitu entry pada support + kaunter uptrend (teknik Buy on Dip / Buy on Dip Oversold) yang berpotensi memberikan kerugian yang minimum, pada waktu yang sama potensi keuntungan besar. Tetapi teknik ini tidaklah mempunyai winning rate yang tinggi, ia hanya sekitar 50% sahaja.
Kesimpulan
Dari video-video di atas, yang telah saya ulang tonton berkali-kali. Maka barulah saya faham, kenapa majoriti tidak mampu bertahan lama dalam pasaran saham. Ada yang telah tergolek rebah hangus hampir keseluruhan modal pelaburan. Ini kerana majoriti trader tiada sebarang strategi apabila masuk membeli sebarang saham. Ramai yang membeli sekadar ikut-ikutan semata-mata dan akhirnya tersangkut pada harga pucuk-pucuk kenaikan.
Semoga bila anda membaca post ini, ianya masih belum terlambat dan tidak perlu anda berkata pada diri anda… “Alangkah baiknya, jika saya tahu perkara ini lebih awal sebelum mula trading saham”

http://diarisaham.com/pengurusan-modal-trading-saham/
No comments:
Post a Comment