74) PARABOLIC SAR 2
CREDIT TO SYAHMIParabolic SAR adalah indicator teknikal yang digunakan untuk menentukan arah harga saham, serta menggambarkan peringatan ketika arah harga berubah. Maksudnya harga tu nak naik lagi atau dah habis dah fasa naik dia.
Ia diperkenalkan oleh J.Welles Wilder. SAR merupakan singkatan dari Stop And Reverse.
Fungsi Parabolic Sar
Penentu arah Trend – Jika titik dibawah candlestick, maknanya uptrend/bullish. Manakala jika titik di bahagian atas candlestick, maknanya ia downtrend/bearish.
Menunjukkan Momentum – semakin dekat dot dengan candlestick, momentum semakin lemah.
Entry & Exit Market – Dapat lihat dimana kejatuhan berakhir (berakhir/stop) dan bullish reversal hendak bermula.
Contoh Parabolic Sar

Kelebihan dan Kelemahan Parabolic Sar
Kelebihan - Parabolic SAR bersifat Trend Following.
Jika harga sedang trending uptrend/downtrend, indicator ini memberi informasi tepat tentang trending market tersebut.
Kelemahan – Parabolic SAR boleh memberi false signal iaitu signal yang salah.
Indicator ini berpindah-pindah dari atas ke bawah dan sebaliknya semasa market dalam keadaan konsolidasi. Maksudnya bila market tak elok, ia boleh berpindah ke atas.
Tapi tak ada masalah kalau kita faham dan yakin. Boleh je guna indicator SAR ni tak ada masalah.
Cuma bila kita rasa dah tinggi kita boleh jual. Kita sendiri yang tentukan portfolio kita.
Kita tengok hanya pada buy signal tu. Bila dot tu jauh dengan candle atau berada bawah candle maknanya permulaan uptrend.
No comments:
Post a Comment