115) RUTIN DI HUJUNG MINGGU BAGI TRADER YANG SIBUK BEKERJA
CREDIT TO HAFIZ TOKYO
Kesibukan bekerja sepanjang minggu merupakan antara challenge yang terpaksa dihadapi oleh para trader. Saya juga merupakan trader yang masih bekerja sepenuh masa. Kekangan demi kekangan dihadapi seperti terlepas untuk melihat pergerakan sesuatu kaunter, masa yang sangat limited untuk memerhati sentiment pasaran yang sangat volatile di siang hari, tidak boleh focus dengan kerja once in position dan macam2 lagi.
Adakah trading ini tidak sesuai untuk golongan yang bekerja? Jika anda ada masalah seperti ini, entry ini adalah untuk anda yang sibuk bekerja.
Ini bukan lah alasan untuk tidak terlibat dengan pasaran, its about how you manage your time. Rutin mingguan especially pada hujung adalah one of solution bagi mereka yang sibuk bekerja dan saya share sedikit tips untuk persediaan bagi menghadapi pasaran antaranya adalah:
1. Luangkan sedikit masa untuk portfolio review performance sepanjang minggu dengan cross check trading journal dan track back every transaction jual dan beli yang telah berlaku. Ini penting untuk kita melihat tahap performance untuk past trading dan kaunter yang masih in position. Trading journal adalah wajib bagi setiap trader.
2. Ulangkaji news dan article yang telah berlaku dalam tempoh seminggu untuk kita mengkaji dan mendapatkan gambaran apakah yang telah berlaku dan bakal berlaku dalam pasaran global dan juga dalam negara. Sentiasa melihat pasaran dari pelbagai aspek untuk kita lebih faham keadaan semasa dan boleh manbantu kita membuat penilaian yang lebih baik. Membaca dari source/sumber yang pelbagai sebagai contoh dari website investing.com dan lain2 juga adalah wajib.
3. Jadikan The Edge Weekly sebagai rutin bacaan setiap minggu dan edisi ini antara wajib ada bagi setiap trader. Edisi ini antara yang sarat dan penuh dengan pelbagai info yang sangat bermanfaat. Para trader boleh invest sebanyak RM 7.50 untuk setiap edisi. Boleh baca edisi digital selain kita membantu mengurangkan penggunaan kertas yang berlebihan bagi menjaga alam sekitar.
4. Buat 10 kaunter untuk watchlist bagi satu minggu setelah mengkaji dari sudut fundamental, teknikal dan sentiment. Persediaan yang rapi adalah kunci utama bagi setiap trader. Hanya memasuki pasaran setelah membuat homework dan kaji bukan sebaliknya. Persedian dibuat untuk mengharungi 5 hari trading days yang akan datang dan sentiasa treat persediaan ini dan set your mindset seperti untuk pergi berperang dan kita perlukan winning mindset ini untuk avoid unnecessary lost. Keep your motivation high!
5. Have good balance dalam mengulangkaji dan beristirehat. Rehat yang cukup sangat diperlukan untuk maintain high level of energy sepanjang minggu. Luangkan masa yang berkualiti utk org sekeliling anda sambil mengulang kaji dan membuat persediaan. Lakukan aktiviti riadah untuk lebih active serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Enjoy your weekend and appreciate those time.
Ada banyak lagi tips bagi trader yang bekerja. InsyaAllah di entry akan datang. Semoga bermanfaat dan semoga boleh disampaikan kepada yang lain. Kesibukan bekerja bukanah penghalang untuk meraih pulangan luar biasa dari pasaran. Peluang akan datang untuk yang bersedia.
Hafiz Tokyo
No comments:
Post a Comment