97) RENUNGAN BERSAMA
CREDIT: MR USBSemakin rajin anda IN-OUT-IN-OUT di dalam pasaran, semakin rajinlah anda akan CUT-LOSS jika anda ‘balas dendam dengan market’!
#TIPS saya buat mereka yang asyik rugi dalam trading saham.
1. #OFF-TRADE. Jika anda semakin kerap rugi, kurangkan aktiviti trading atau lebih baik anda bercuti dulu dari menghadap paparan saham. Saya sendiri pernah cuti 2 bulan tidak menghadap skrin computer untuk menenangkan emosi kerana tersentap kehilangan modal. Bila anda mencapai target profit seminggu atau sebulan, lebih baik off-trade sehingga anda keluarkan profit dari CDS dan kemudian anda carilah potensi saham yang baru.
2. #START-SMALL. Apabila saya re-start semula trading, saya mulakan dengan saiz modal yang kecil RM 1000 untuk mencari rentak trading. Fokus saya bukannya cari keuntungan, tetapi untuk mengembalikan semula keyakinan diri. Bila saya dah yakin dan jumpa teknik trading yang serasi, barulah saya akan menambah saiz belian yang lebih besar.
3. #NEW-STRATEGY. Saya ubah strategi trading harian kepada strategi swing- beli simpan 10 hari ke sebulan. Oleh kerana masih lagi trauma dengan saham2 penny bawah 0.50 sen, saya mula fokus kepada saham ‘small cap ‘ berharga 0.70 sen ke RM 1.50 sen. Hasilnya, saya lebih banyak mendapat winning trade berbanding losing trade.
4.#FOLLOW-LEADER. Pengalaman mengajar saya ilmu ‘trending market’. Saya buat kajian leader2 saham industri supaya boleh kenalpasti konter pengikut yang belum gerak. Contohnya pada bulan Jun 2016 apabila leader bisnes komponen elektronik seperti KESM mula bergerak, Penta,JHM pun ikut sama.
5.#DO-HOMEWORK. Seorang Swing Trader mempunyai masa banyak untuk membuat kajian teknikal tentang trend harga saham jangka pendek dan jangka panjang serta trend semasa, samada reversal-trend atau sedang up-trending. Selain itu, kena study fundamental- apa bisnes syarikat industrinya, siapa leader bisnesnya, siapa yang pegang sahamnya, apa portfolio terkini atau siapa prospek bisnesnya, siasat kalau ada kabel politik atau orang kuat dalam syarikatnya (seperti Ekovest, Iw-city) serta kaji perkembangan keuntungan 5 tahun dan setiap kuarter.
6. #NO DAY-TRADE. ‘Financial-stress’ menyebabkan saya agresif intra-day kerana perlukan wang yang cepat untuk sara hidup. Tanpa teknik yang betul dan kejar harga yang berkelip2, akhirnya saya semakin stress kerana modal trading semakin menyusut nilai. Buat pedagang yang masih baru, lebih selamat jika anda fokus pada strategi Mid-Term. Anda tidak perlu jadi ‘BURUNG HANTU’ di dalam pasaran, hari-hari nak menghadap skrin komputer dan perhati harga saham turun naik. Semakin diperhati, semakin STRESS.
No comments:
Post a Comment