125) CHART CUN TAPI KENAPA HARGA JATUH?
CREDIT TO BILIS BELAH DUA/CDEX
chart cun tapi kenapa harga jatuh bang ?? dpt lagi soalan cepu emas pm tepi ni.. pernah cuba jelaskan kat grup sebelah dulu, ni nak citer kat sini pulak… bhai, aku tak tau mana dtng mitos @ khurafat dlm saham yg kata chart cun, esok harga kompem naik, chart buruk sahih akan junam…
betulkan persepsi terhadap chart… chart hanyalah chart, ia tidak menyebabkan turun naik harga saham… chart hanyalah infografik yg menggambarkan saikologi trader dlm aktiviti trading yg telah berlaku.. cthnya, awal dagangan seller menjual hingga harga menjunam, selepas itu buyer mula menguasai menyebabkan harga melonjak hingga melepasi previous closed, sebelum turun semula krn profit taking & closed sama spt smlm… maka utk memudahkan, keadaan ini diterjemahkan sbg candle dragon fly doji dekat chart tu… atau berlaku gap up, maka kat chart digambarkan gap antara dua candle tu… kalau main tulis tak daya bhai, so trader melihat sejarah aktiviti konter2 melalui chart…
apa yg menggerakkan harga adalah saikologi trader, dan saikologi pula dipengaruhi oleh fear & greed, rumours, news, sentiment pasaran, politik dan sebagainya… sbb tu kdg2 malam kita tgk chart mcm oprah winfrey, alih2 esok harga cun mcm neelofa… cuba tgk konter2 penny July-ogos, tgk chart sblm tu menggelebeh jer, tetiba felai tak ingat dunia… ini krn saikologi trader dikuasai oleh rasa tamak dgn rumours yg bermacam2… ada kalanya pulak mlm ni tgk chart mcm mira filzah, esok harga junam chart mcm whitney Houston jatuh gaung… ini juga krn berita & sentiment yg menimbulkan fear, cth berita tglove kena sanction lah, vaksin nak keluar lah, tetiba je chart HC yg anggun jadi mcm beuty & the beast… semua mainan saikologi ini digambarkan dlm bentuk chart…
ini bukan bermakna nak masuk konter tak perlu tgk chart, malah “wajib” bagi trader guna chart utk kaji & buat projection ke mana arah seterusnya pergerakan harga… maknanya chart merupakan tool yg penting bagi trader utk buat kajian berdasarkan data2 dari sejarah trade sblmnya namun bukan chart itu yg menggerakkan harga… dan barang diingat data kajian tersebut ada adalah benar pada ketika itu sahaja, esok kita tau apa yg akan berlaku sbb bursa bukan opah kita yg punya… blh jadi mlm ni trump kata dia nak perang dgn china, chart yg anggun mcm pengantin pun blh tukar jadi nenek kebayan esok ….
so kesimpulan aku, chart bukan penentu naik turun harga tapi sbg tool utk kaji pergerakkan harga… tiada yg pasti dlm trading, kalau projection menjadi alhamdulillah, tak menjadi jgn gelabah, cari konter lain… inshaAllah rezeki tak pernah salah alamat…
mohon maaf kpd sifu, guru & otai jika pandangan byk auta dari fakta, skadar pandangan dari nubis bilis…:pray:
No comments:
Post a Comment