Saturday, August 29, 2020

66)PINE SCRIPT CODE

INDICATORS

/// 1. copy all text
/// 2. open Pine Editor di Tradingview ( bahagian bawah )
/// 3. paste text yg dicopy 
/// 4. save
/// 5. click (add to chart) atau open indicator dan taip serangkai


Indicator Serangkai

Credit to: Tuan Asri



Indicator SAHAMOSC_DEXTEROUS

Credit to:Tuan Shahriz,Tuan Asri dan Tuan Zul.

Indicator ini terhasil selepas lahir artikel 62(ilmu mahal)

 Buka Trading view>Tekan Pine Editor>Paste code>save>add to chart>ready to use







SAHAMOSC_BB_DEX + BOLLINGER BAND

Indicator EMA 21/34/90

Credit:Pak Iwan saputra



65)TEKNIK FIFO/INTRADAY LENGKAP

 

CREDIT KEPADA ADMIN TELEGRAM GROUP FUTURIST STOCK TRADER

https://t.me/saham99

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seprti yang dijanjikan sedikit perkongsian dari sy berkenaan dengan ilmu Teknik Intraday yang perlu anda ketahui untuk trade pasaran saham Malaysia ataupun global.

.
Teknik Intraday
.
Sebelum Trading
.
1. Perlu kenal diri nak swing trade atau intraday?kerana ianya akan beri kesan pada emosi. Lain-lain orang lain caranya sebagai contoh orang yang bekerja tidak sesuai untuk monitor saham sepanjang hari berbanding dengan full time trader yang monitor sentiasa naik turun saham. Sebelum mula trade anda perlu jelas matlamat.
.
2. Matlamat Intraday
.
-Matlamat kena jelas, nak berapa ROI dalam saham ni?
-Anda perlu mempunyai plan, sebagai contoh target anda 20 % sebulan untuk trading.
-Matlamat Intraday adalah Entry di tempat yang betul dan jual dengan profit.
.
3. Kaji News
.
- Sebelum trade perlu lihat cuaca dulu iaitu news seperti Dow Jone, S&P,Ringgit, Brent Oil dan Crude Oil, lihat Sektor, Pasaran Dunia, Currency , Ekonomi, isu semasa dan lain-lain. (Perlu diingatkan ketika market jatuh /bearish anda gunalah apa jenis teknik sekali pun pasti susah untuk berjaya kerana probability untuk win adalah bawah dari 50% .
.
- Anda juga perlu lihat di Top gainer dan top looser untuk lihat keadaan market jika lebih banyak top gainer dari top looser itu petanda market bullish dan jika banyak top looser dari top gainer itu petanda market bearish.



4. Tips pemilihan kaunter momentum:
.
-Anda perlu memilih kaunter yang volume senyap dan tiba2 spike samada di intraday chart atau di daily chart, inilah di panggil momentum strong.
.
-Anda perlu hati-hati kalau Volume Merah besar dan Candle morobuzu merah besar tiba-tiba keluar petanda nak game over contohnya :


- Volume untuk setiap kaunter pula tiada yang khusus dan ianya subjektif kerana setiap kaunter mempunyai volume tersendiri berdasarkan harga saham semasa. (Sy gemar memilih kaunter yang mempunyai volume Rm 10 Juta ke atas)
.
- Untuk intraday anda hanya perlukan Naked chart maksudnya price dan volume sahaja.
.
- Untuk Intraday anda perlu mempunyai platform yang bersesuaian dengan diri anda untuk memudahkan anda scan kaunter.
.
Antara teknik-teknik yang menarik untuk gunakan semasa intaday adalah:
.
1. Breakout 52 week high
2. Breakout Resistance
3. Volume Spike
4. Volume increase
5. Volume kering tiba-tiba muncul
6. Fibo Retracement
7. Breakout Gap
8. Buy on Annoucement(news)
9. Chart Pattern
10. Candlestick Pattern
11 .123/ABC pattern
.
- jika sesuatu saham yang anda beli naik banyak sangat anda boleh jual separuh dahulu dalam 50-70%, dan selebihnya boleh jual esok atau hari seterusnya kerana berdasarkan pengalaman, saham yang mempunyai momentum adakala boleh naik tanpa henti jadi anda perlu simpan sedikit jika anda trade dengan modal yang besar.

Teknik (1,2,3 Pattern Intraday)
.
-Teknik 123 ini untuk intraday chart yang terdapat di platform saja.
.
-Anda perlu lihat daily candle dulu, gunakan teknik 52 week atau apa2 teknik yang bersesuaian dengan anda dan jika daily cantik barulah perlu buka intraday chart, dan cari 123 pattern.
.
Terdapat dua jenis 123 pattern di intraday chart iaitu:


Langkah pertama
.
Cari teknik yang bersesuaian dengan anda contoh teknik candle + gap cukup syarat (anda boleh pilih trading teknik ikut kesesuai dengan diri anda).

Langkah ke 2 cari 1,2,3 pattern di platform broker.
.
Anda perlu entry pada pattern 2 dan exit pada pattern 3 stop loss boleh letak di pattern 1/ cari strong support di daily candle(Jika pecah support anda wajib keluar).
.
*Peringatan anda perlu pastikan risk to reward at least 1 risk : 1 reward, Saya menggalakkan risk reward yang terbaik ialah 1 risk : 2 Reward.


Intraday Sharp Teknik.
.
1. Study chart malam sebelum membeli esok.
.
2. Letak dalam favourite dan monitor elok2.
.
3. Ready forming 1,2,3 (intraday chart)
.
4. Confirmkan (Daily chart) + volume
.
5. Jika ok semua boleh terus membeli.
.
Perkara yang perlu diingat selalu.
.
1. Entry dengan sharp
.
2. Exit dengan Win
.
3. Entry dengan Volume
.
4. Hold dengan tenang.
.
5. Trend is my best friend.
.
6. Cut loss dengan cepat kalau tak jadi.

64) FIFO TEKNIK MARKET DEPTH


CREDIT TO USAIDSUBKI

Syarat pertama adalah kena ada 5 level dulu market depth. Boleh request dengan remiser masing2.

Pastu kena pilih kaunter yang tengah rally. Buy rate mesti tinggi. 60 percent ke atas seeloknya.

Pastu tengok que buy mana yang paling tinggi. Itu adalah support kita. Support tak boleh berada di level 1/paling atas dekat que buy. Level paling atas adalah harga que buy kita.

So level support mesti 3 kali ganda dari harga que buy kita. Barulah kita selamat nak merempit sebab kita dijaga oleh support tu.

Begitu juga dengan resistance. Ia adalah jumlah yang paling besar dekat que sell. Resistance tak boleh berada pada level pertama que sell. Kalau tak macam mana nak merempit. Pastikan resistance ada dekat level 2 dan ke atas dekat que sell.

Lagi ringan que sell lagi bagus.

Dah cukup syarat, que buy. Dah matched terus que sell satu bid.

Jangan tamak sebab takut nanti sangkut dan tak pasal2 duduk fi menara dan puncak harapan tertinggi.

Rempit satu bid sahaja. Moga bermanfaat buat semua.

Friday, August 28, 2020

63) CHART TIMEFRAME


CREDIT TO NAJIB FAZAIL, ADMIN MAAHAD BURSA

Kita kena adjust timeframe chart berdasarkan matlamat kita. Kalau nak FIFO/INTRADAY, jangan guna chart daily sebab lambat reaction.


1. SHORT TERM : 5/15/30 minutes chart

2. MID TERM : Daily and weekly. Untuk entry guna 1 hour chart

3. LONG TERM : Daily, weekly dan monthly.

Kalau beli di awal pergerakan uptrend, boleh hold untuk jangka masa yang lebih panjang.

62) ILMU MAHAL


CREDIT TO TUAN SHARIZ

1. Mahal kerana ia dinamakan PERSILANGAN EMAS.

2. Pernah dengar term ini:

Buy before breakout not waiting for breakout.
Buy before rebound not after rebound.

3. Dipersembahkan secara PERCUMA. Moga menjadi saham akhirat kpd yg infaqkan ilmu ini.

a. 1st golden crossing. MACD CROSSES UP.

b. 2nd golden crossing. EMA7 CROSSES UP EMA21.
Jk dalam filter TV boleh ambil yg terdekat EMA5 CROSSES UP EMA20.




61) TEKNIK SCALPING/INTRADAY/FIFO


CREDIT TO TASMA INTRADAY

1. Kaedah ini sesuai utk FTT, yg duduk depan laptop. Jk guna HP agak sukar melainkan ada teamwork mcm group @sahamosc, ada yg tolong cek kaunter mana nak mencanak naik.

Kena cek dlm trading platform MAYBANK MPLUS UOB (RHB CIMB xde ya)
a. BUY RATE > 50%,
b. BEST SELL VOLUME > BEST BUY VOLUME,
c. Jumlah SELLER < jumlah BUYER
(Lihat foto bawah)
d. Jk berlaku belian (hijau) harga akan meningkat, jk berlaku jualan (merah) harga akan turun.

2. Teknik ini mempergunakan momentum sesuatu kaunter yg terhasil drp volume yg besar pd hari tersebut. Tidak memerlukan indicator melainkan bergantung kpd VOLUME PRICE ACTION dan JERUNG semata2. Jk nak guna juga boleh guna EMA3, EMA5, MACD, STOCHASTIC14 3 3.

3. Ambil 10 ke 20 kaunter yg tinggi volume pd hari tersebut.

4. Masuk pada jam 10am ke atas. Ambil ELLIOT WAVE KE 3(baca artikel 25), lepaskan HH1 dan HL2 dulu. Masuk pada permulaan HH2 atau nak selamat lepaskan level harga open dulu baru masuk.
Kaunter pada pagi hari kadang naik dulu turun, then naik blk. Terkadang turun dulu, then naik balik. So lepaskan dahulu yg ni. Sila baca artikel ke 60 utk timing masuk.

4. Masuk dgn TRADING PLAN,
EP, TP, CL.

5. Tunggu samada di support ikut Gann chart (rujuk artikel 31) atau tinggi sikit 1 bid utk kaunter yg kuat.

6. TP di resistant Gann chart, cth jk masuk 0.31, TP di 0.345. Andai kaunter akan naik sekalipun dia akan MENJAHIT turun naik di situ. Dh TP, tunggu harga sentuh 0.35 dan 0.35 dh berubah drp best sell kpd best buy dlm trading platform Maybank or MPLUS, baru masuk balik di 0.34 or 0.345 and TP di next resistant di 0.37 atau awal sikit 0.365.

7. Jk kaunter x pecah resistant, harga akan turun semula ke support, so tunggu je di support semula utk round 2. Ingat boleh 3 round je....sbb kaunter pun pandai pancit, minyak dah habis.

8. Kalau dah pancit, kaunter akan jadi layang2 putus tali, turun slow follow ELLIOT WAVE juga hingga ke support dan naik balik....masa ni boleh EP balik utk BTST esok.

9. Di samping tu VOLUME, PRICE, jumlah buyer yg queue order serta kuantiti2 besar (jerung) yg masuk juga perlu diambil perhatian. Topik price action akan dicover oleh @syahmi

10. Bagaimana nak detect kaunter2 berpotensi pd saat ia nak mencanak naik ialah dengan menggunakan kaedah EAGEL EYE (cover topik ni masa lain). Juga kaedah nak setting trading platform juga penting utk intraday ni.

Geng2 intraday boleh tambah n komen ya.

60) TIMING BELIAN DAN JUALAN INTRADAY


CREDIT TO ANIS NASZ

ni tips timing dr sorg lg sifu sy

Waktu panik - jika pagi panik sell. 5-10 minit pertama je. Lepas tu market rebound.
Waktu market hijau - tunggu hbs btst player buang dlm pukul 9.15-9.20.. Hbs buang boleh collect.
Pukul 10 next buang. Pukul 11 naik. Kadang2 pukul 12 ada buang balik. Ptg pukul 3-3.30 masa buang. Rebound lepas tu. Atau lewat buang pukul 3.40-3.50. Pukul 4 rebound.
Collect masa org buang utk fifo atau new entry.
Jika perlu cut. Cut.
Apa2 ikut trading plan masing2

semoga bermanfaat

59) 🕯CANDLE STICK DAN HEIKIN ASHI



1. Ini asas yg patut diletakkan di awal sekali sebenarnya.

2. Candle stick diasaskan oleh org jepun dan digunakan utk sukat beras sebenarnya. Begitu juga candle pattern dan indikator ichimoku.

3. Dalam saham, candle harga menaik iaitu hijau, open price di bawah dan close price di atas (BADAN), sedang sumbu (shadow) atas bawah pula ialah penampakan belian dan jualan . (ada lelong ada diskaun ada jual mahal) sepanjang transaksi berlangsung 9am ke 5pm.

4. Candle merah pula ialah harga turun...keterbalikan drp candle hijau.

5. Drp bentuk candle dan sumbu kita boleh dpt info:

a. Harga open
b. Harga tertinggi
c. Harga tutup
d. Harga terendah.

Jgn risau, korang letak cursor or tekan lama2 kat candle tu akan keluar bacaan abcd kat atas kiri.

5. HEIKIN ASHI pula ialah candle yg pengiraannya berbeza drp bacaan candle biasa. Ia tiada ruang kosong antara candle dan ia menghilangkan hingar atau noise dalam candle. Maka nampak dgn jelas arah chart samada nak ke atas atau ke bawah atau sideway.

6. Semakin pendek badan dan sumbu candle, semakin menampakkan arah chart kita nak reverse.

7. Bacaan candle boleh dilihat dalam timeframe (TF) 1M 1W 1D 4H 3H 2H 1H 30M 15M 10M 5M 3M 1M. M month, W week, D day, H hour, M minit.

8. Jk nak lihat sesuatu kaunter tu di mana berada boleh kecilkan chart sekecil2nya...so boleh nampak sekarang harga berada di mana dan apa harga tertinggi dan terendah.

Wednesday, August 26, 2020

58) UNTUNG BUAT UNTUNG



1.Ada modal cth 5k
2. Masuk intra or BTST
3. Dpt popit beli super penny UPTREND 0.02 ke 0.08....PERAM.
4. Untung buat untung. Kalau rugi, rugi kat untung...tak terasa sgt.

57) MOTIVASI: NOTA DRP SAHABAT


CREDIT TO PAKLONG SHABERI

56) KAUNTER PALING POWER



1. UPTREND

2. Dah habis retrace. Sedang di akhir HL dan di permulaan HH. Biasa ditandai dgn DRAGONFLY, ABANDON BABY atau INVERTED HAMMER dgn VOLUME YG BESAR.

3. Esok boleh tangkap di support sbb dia masih belum ada yg minat....

4. Boleh intra tp sikit popit, boleh BTST tp sederhana popit....tunggu 3 hari...hari ke 4 pagi2 gap up jual.

5. Tunggu lagi 5 6 hari sblm masuk balik di new HL.

55) INGIN MENJADI PENULIS SCRIPT DALAM TRADINGVIEW?


CREDIT TO GTS

54) ISTILAH2 DALAM SAHAM


CREDIT TO MOHDNIZAMNOOR

Teknik2 saham
FA - Fundamental analysis
kajian berkaitan dgn perniagaan syarikat, pengurusan, pemegang2 saham utama dan prestasi kewangan syarikat (terutamanya earnings)

TA - Technical Analysis
Kajian berkaitan dgn volume, price, indikator, candlestick yg menggunakan chart

PVA: Price Value Action

Jenis pelabur
1. Intraday/ trader: belian dan jualan dlm masa hari yg sama
2. Swing: belian dan jualan dlm jangka masa lebih satu hari dan kurang seminggu
3. Position: mid to long term
4. Invest: long term. bertahun2

Istilah2:

1. Bull : pasaran tgh menaik/ banyak belian/ indeks hijau
2. Bear: pasaran menurun/ Banyak jualan/ indeks merah
3. Uptrend : konter tgh menaik
4. Downtrend : konter menurun.
5. Reversal : konter yg berubah trend diatas
6. Sideway: kaunter/stocks yg bergerak tanpa penurunan atau kenaikan.
7. Loss : rugi
8. Profit : popit/ untung
9. Resistance: paras harga yg selalu dicapai. Jika ditembusi, harga dipercayai akan naik.
10. Support: paras harga lantai dimana jika ditembusi, beranggapan harga semakin jatuh.
11. RBS (resistance become support): paras harga yg dahulunya resistance menjadi paras support.
12. Limit up: kenaikan pada tahap harga harian yg tertinggi.
13. Limit down: tahap harga harian yg terendah.
14. Gap up: harga buka lbh tinggi dari closed price smlm.
15. Gap down: harga buka rendah dari smlm
16. Q buy : beratur utk belian
17. Q sell : beratur utk jualan
18. Retrace: seperti pullback
19. Pullback: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dan bersifat sementara ketika up-trend
20. Correction: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dalam uptrend dan bersifat agak lama/panjang
21. Rebound : kenaikan sementara pada sesuatu kaunter saham yg dalam downtrend.
22. Market Crash: kejatuhan besar dan lama pada keseluruhan pasaran saham diketika ekonomi yg tidak sihat
23. Entry Price/ ep : harga belian yg sepatutnya.
24. Sell/ Exit : jual
25. Hold : konter yg dibeli disimpan
26. Cut loss/ CL: jual pada harga yg rendah dari harga belian.
27. Take Profit: menjual sebahagian atau kesemua lot saham yg dibeli setelah mendpt keuntungan capital gain
28. Target Price/ TP: paras harga yg dijangka akan dicapai. TP juga dikenali Take Profit
29. Entry price/ EP: harga masuk yg dicadangkan
30. Stop Loss/ SL: sama dgn CL
31. Breakout/ BO: harga melebihi paras target atau resistent
32.Capital Gain – Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.
33. Diversify – Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri bagi mengurangkan risiko.
34. Dividen – Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham (shareholder) pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.
35. indeks – Penanda aras dalam setiap sektor. Diwakili oleh 30konter
36. Initial Public Offering (IPO) – Saham syarikat yang ditawarkan jualannya kepada orang ramai sebelum diapung di pasaran saham.
37. Lot – 100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot
38. Open Price – Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.
39. Close Price – Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.
40. Portfolio – Koleksi jenis saham yang dilaburkan/dibeli
41. Saham/kaunter Blue Chip – Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.
42. Volatility – Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dlm sehari.
43. UMA (unusual market activity) : pertanyaan dari Bursa kpd syarikat yg pergerakan harga yg luar biasa.
44. Trend: samada bullish (menaik) atau bearish (menurun).
45. Trendline: garisan yg dibuat bagi menentukan aras SnR dan trend sesuatu konter
46. DTL (downtrend line): bearish trendline- garisan yg dibina pada titik2 resistance di chart downtrend.
47. BO DTL: breakout downtrend line.
48. BO 52w: breakout paras resistance/ harga tertinggi within 1year atau 52 weeks
49. T0,T1,T2,T3,T4...:
T ialah transaction day. T0 ialah buy day. T4, 5th days from buy day.
50. FIFO: Fast In, Fast out
51. BTST: Buy today sell tomorrow