Friday, August 21, 2020

33) OVERSOLD & OVERBOUGHT DAN PENGGUNAAN INDIKATOR STOCHASTIC



1. Oversold atau terlebih jual adalah situasi di mana saham2 telah turun harga di mana indikator STOCHASTIC14 3 3 menunjukkan bacaan di bawah paras 20%.

2. Overbought pula adalah situasi di mana saham2 telah naik harga hingga ke paras STOCHASTIC14 3 3 menunjukkan bacaan 80%.

3. Pada paras 20% ke bawah biasanya saham tidak dipandang, nampak muram, suram, sedih, tak laku, banyak news tak elok dll. Berlawanan pula dgn saham pd paras 80%...nampak kuat, kacak, ganteng, hensem, menarik, bagus, news semua hebat2 jumpa emas, jumpa harta karun, konglomerat melabur, buka kilang sarung tangan, buka kilang botol sanitizer, JV dgn syarikat itu ini, masuk bidang baru dll.

4. Utk swing pastikan pembelian anda pada STOCHASTIC14 3 3 berada di atas sedikit drp 20% dan garisan berkembar telah menyilang membentuk ular menjelir lidah ke atas. Penjualan pula pd STOCHASTIC14 3 3 di 80% ke atas dgn garis berkembar telah bersilang sebelum ular menjelir lidah ke bawah...kalau dh jelir tu alamat dah kena patuk.

5. Utk FIFO, pastikan belian anda pd STOCHASTIC14 3 3 di 70% ke atas.

6. Penggunaan STOCHASTIC20 1 1 boleh digunakan utk mendapatkan masa paling tepat utk pembelian dan penjualan iaitu sewaktu garis tunggal stochastic20 1 1 terjongket ke atas di paras 20% (esok boleh beli) atau terjongket ke bawah di paras 80% (esok boleh jual).

7. Utk mendapatkan bacaan yg menggambarkan keadaan sebenar belian dan jualan, boleh guna STOCHASTIC35 3 3. Utk FIFO, boleh masuk apabila garisan berkembar hampir menyentuh 70%. Tukar garis grid kpd 30 dan 70.

8. Bagi kaunter UPTREND, bacaan STOCHASTIC14 3 3 akan bermain di sekitar 75% ke 95%.

9. Bagi mendapatkan magnitud yg lebih besar bg perubahan overbought dan oversold mcm fungsi transistor dlm alat elektrik, kita boleh guna STOCHASTIC RSI....akan lebih jelas situasi bawah 30% dan atas 80%.

10. Boleh screen kaunter OVERSOLD dgn menggunakan TV filter, cari STOCHASTIC 14 dan buat gini....%K CROSSES UP %D. Vice versa dgn nak cari OVERBOUGHT...tp biasa org x cari overbought ni.

Tak faham boleh tanya.:blush:

No comments:

Post a Comment