1. Kaunter spike disebabkan jerung telah menguasai 70% drp saham. Ingat, jumlah keseluruhan saham retailer hanya 15% shj. 85% adalah jerung. Kita bilis hanya jadi makanan jerung shj. Tu sbb ramai yg rugi drp untung melebur saham ni.
2. Biasanya kaunter akan spike apabila bertukar drp downtrend kpd uptrend iaitu RSI250 bacaannya 49.5 mcm tu. 50 sebenarnya telah masuk uptrend.
3. Kaunter akan sideway beberapa bulan, 2 bulan ke atas. Boleh detect dgn indi BB, bila BB jadi mcm ular lidi. Boleh tengok cth XOX, SINOTOPS.
4. Utk mengesan spike, boleh guna:
a. BB, bila candle mula memotong median drp bawah ke atas.
b. Persilangan EMA20 dan 50, 20 dan 200. Juga DOUBLE COMBO iaitu bila EMA20X200 dan EMA50X100.
X=menyilang
c. Apabila kesemua EMA 20 50 200 merapat menjadi seolah2 lantai yg teguh utk candle melompat.
d. Stochastic 35 3 3 apabila bacaan menghampiri 70.
e. Utk kaunter uptrend (sila baca artikel kaunter uptrend di post terawal), candle akan meniti EMA10 sbg papan anjal. Andai jatuh ke EMA20 dan rebound, ia akan spike. Tp andai terjerlus badan candle (open price) ke bawah EMA20, dia akan tenggelam hingga ke envelop BB sebelah bawah. Itu sbb cutloss sgt penting. Cutloss bukan rugi tp menunggu peluang sauk dr bawah atau BOD buy on deep.
f. Guna indi DMI. Bila berlakunya persilangan ke atas (cross up) ant +DMI dan -DMI akan berlaku spike sbb ini adalah perubahan drp bearish kod bullish. Juga apabila +DMI memotong ADX dr bawah ke atas, juga akan berlaku spike.
Ada banyak lagi tanda2 sblm terjadinya spike...mungkin ada sahabat2 lain yg boleh tambah.
Sy sembang aje ni. Jk tak faham boleh tanya jgn risau, ramai boleh terangkan.
Sy akhiri dgn ayat Quran...
وَفَوۡقَ كُلِّ ذِی عِلۡمٍ عَلِیمࣱ
Wa fawqa kulli zi 'ilmin 'aleem
Dan di atas setiap yg berilmu itu ada lagi yg lebih tinggi ilmunya.
Surah Yusuf ayat 76
Insyaallah kita sama2 belajar.
No comments:
Post a Comment