Friday, August 21, 2020

43) SKETSA: KOMPANG


CREDIT TO AZALEYISMAIL

Alkisah ....tersebut lah kisah
Toibbbb..

Sang Raja melaka hendak mencari seorang panglima..

Maka diadakan sebuah pertandingan... Kompang di palu rebana bertalu

Maka berkumpul rakyat jelata utk atas titah perintah baginda Raja...

Utusan Raja pon membaca kan titah .... Wahai sekalian rakyat jelata ..maka dgn ini baginda Raja akan mengurniakan pangkat panglima diRaja kepada sesiapa yg bejaya berenang keseberang sungai Sana...

Maka berkumpul rakyat jelata yg berkeinginan utk menjadi panglima utama di negeri Melaka ..

Ketika berada di tepi sungai tersebut di lihat terlalu banyak sang Buaya sedang menunggu mangsanya ...

Maka telah terjadi tolak menolak diantara rakyat jelata ..

Dengan tiba terjun seorang rakyat jelata kedalam sg tersebut ..dgn penuh bertenaga dan juga semangat jati diri sang rakyat berenang bermati matian..

Sang rakyat tersebut mendapat sorakan yg gemuruh padu dari rakan2 orang kampong juga sang Raja...

Dan akhir nya sang rakyat tersebut berjaya menyeberangi sungai tersebut ...

Setelah naik keatas beliau telah dibawa berjumpa dengan sang Raja Melaka...

Maka sang Raja pon memberi penghormatan dan metabalkan beliau sebagai Panglima Utama Negeri Melaka...

Nanti dulu wahai Raja ..dengan nada nyawa yg hampir habis sang rakyat mencela...

Hamba.. hamba mau ..


Mahu apa titah Raja..
Sang Raja menjawab seakan terhina dgan celaan sang rakyat

Ampon patik pacal yg hina ...hamba mau tahu
SIAPA YANG MENOLAK PATIK KE DALAM SUNGAI ..

Begitu lah sedikit al kisah ..sang rakyat yg bernama Panglima Awang Itam...

#trading shall be fun

No comments:

Post a Comment