Saturday, August 29, 2020

64) FIFO TEKNIK MARKET DEPTH


CREDIT TO USAIDSUBKI

Syarat pertama adalah kena ada 5 level dulu market depth. Boleh request dengan remiser masing2.

Pastu kena pilih kaunter yang tengah rally. Buy rate mesti tinggi. 60 percent ke atas seeloknya.

Pastu tengok que buy mana yang paling tinggi. Itu adalah support kita. Support tak boleh berada di level 1/paling atas dekat que buy. Level paling atas adalah harga que buy kita.

So level support mesti 3 kali ganda dari harga que buy kita. Barulah kita selamat nak merempit sebab kita dijaga oleh support tu.

Begitu juga dengan resistance. Ia adalah jumlah yang paling besar dekat que sell. Resistance tak boleh berada pada level pertama que sell. Kalau tak macam mana nak merempit. Pastikan resistance ada dekat level 2 dan ke atas dekat que sell.

Lagi ringan que sell lagi bagus.

Dah cukup syarat, que buy. Dah matched terus que sell satu bid.

Jangan tamak sebab takut nanti sangkut dan tak pasal2 duduk fi menara dan puncak harapan tertinggi.

Rempit satu bid sahaja. Moga bermanfaat buat semua.

No comments:

Post a Comment