Friday, August 21, 2020

35) CUT LOSS


CREDIT TO SIAKAP KELI

Strategy cut loss

1.cut your profit.
bukan awal2 pikir cut loss.

2.Elakkan buat keputusan berdasarkan jika harga naik untung 3 sen aku take profit atau 3 sen turun aku cut loss.

3.Sebelum nak cut losses, pastikan market structure tu terlebih dahulu.Adakah market ni sideways ka,trending nak naik ka atau nak terjun kelongkang.
Klu trending tu jelas Sideways, ko tgk dia lebih kepada nak turun atau sideways yg lebih kepada naik.Contoh macam market masa PKP ni,jgnlah mengelabah sangat bila market tu merah atau ghairah sangat masa market tu Hijau.Takut lepas ko jual kerana PANIK cut losses harga meneruskan perjalanan naik lebih tinggi.

4.Paling malang,dah lah cut loss..then tangkap beli saham yg sama pada harga pucuk lepas tu harga terjun turun balik.

5. kalau dah jelas saham tu trending menaik,masuklah seawal mungkin.sebab jika masuk awal inshaAllah tak panik bila harga tu buat correction sebelum naik lagi tinggi.
paling ramai aku tgk dah lah silap masa msuk lepas tu silap pulak cut loss pada harga yg sepatutnya peluang utk beli semula.

6.Utamakan Strategy beli.Pemberatan 99% pada masa nak beli.Pastikan keadaan dan harga dalam keadaan sesuai. ini kerana 100% kesilapan utama melabur saham adalah sebab masa masuk.Tak kiralah silap sebab terkejar saham,terbeli masa ghairah,Tersilap lambat yakin tips saham,terlalu yakin maklumat fundamental yg terlewat dan pastinya silap membeli pada masa,timing yg betul.

7.Kalau ko awal2 dah silap masuk, masa kaji salah masa beli salah,harga salah dan jenis saham pun salah, itu yg selalu dok pikir kenapalah sengal sangat time kali aku beli,harga turun dan tiap kali aku jual harga naik balik.Ehh...ada sendiket saham ke jaga...
....
sebenarnya bukan masalah sendiket saham pun,ko jer yg kena adjust strategy beli tu.
kasi betul sikit.masalah paling besar dalam saham,adalah ko tak tahu ko sedang bermasalah.

6. *Strategy cut loss sgt penting*.Super penting sama macam exit Strategy sebab hebat camner ko,mesti ada tersilap buat keputusan.Tapi bagaimana ko react tu ada perbezaan.

7.Penting sangat masuk waktu betul,beli pada harga betul dan jenis saham pun kena betul-betul,Jgn anggap semua yg kawan baik ko beli sbb top volume tu betul.Sebab kawan ko tu sama jer silap.jgn ikut kawan ko tu..sebab dia mungkin signal melapetaka dalam dunia saham.

... kecuali dia betul2 kaji secara tertib tanpa terikut2 sentimen keadaan persekitaran.

8.So,kepada yg cakap aku takda sistem cut loss sebenarnya aku ada cut loss cuma aku lebih gemar cut the profit dari cut loss.
bila dah memang silap,then Wajib Cut loss!

ada beberapa bisness aku kena cut loss dari merebak jadi besar.
Ada juga terpaksa berhentikan staff kurang kualiti dari aku nanggung loss berterusan bayar gaji.

Itu pun aku tepok dahi aku dulu sebab sebenarnya bukan silap staff tu,tapi silap HR aku apesal awal2 pergi ambik dia kerja.

So,dalam dunia nyata kita kena betul2 decide kenapa kita 'entry' lebih utama dari kita Exit.
kalau tak memanjang ja lah cut loss.cut loss.cut losss.

So, untuk berjaya dalam saham ingt 3 rules mudah ni.
1.Sebelum beli cari sebab kenapa nak beli sesuatu saham.
2.Kuasai Support resistant.Berlatih selalu tgk pergerakkan saham pada carta weekly atau monthly chart ketika market off.Support resistant ni nampak asas tapi sangat mendalam kalau faham.
3.Banyakkan mencatit,rekod tampal menampal secara istiqamah.bukan hangat2 taik ayam.

okey, Cut loss ke nak cut profit?
ko ingat kenapa ko entry dulu beb:zap:

No comments:

Post a Comment